Keluaran 6:6-7
Keluaran 6:6-7 AVB
Maka katakanlah kepada orang Israel, ‘Akulah TUHAN. Aku akan membebaskan kamu daripada beban kerahan kerja paksa oleh warga Mesir. Aku akan melepaskan kamu daripada perhambaan mereka, dan menebus kamu dengan lengan yang terhulur dan hukuman yang besar. Aku akan mengangkat kamu menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu. Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, yang membebaskan kamu daripada beban kerahan kerja paksa oleh warga Mesir.


