“Jangan sebarkan khabar dusta. Jangan tolong orang fasiq dengan menjadi saksi yang tidak benar. Jangan mengikut orang ramai melakukan kejahatan. Jika kamu menjadi saksi dalam suatu perkara, jangan menyimpang dengan mengikut orang ramai yang memutarbalikkan apa yang benar. Jangan berpihak kepada orang miskin dalam tujuannya. Jika kamu menemui lembu musuhmu atau keldainya yang tersesat, kamu hendaklah mengembalikan binatang itu kepadanya. Jika kamu melihat keldai milik orang yang membencimu rebah kerana berat tanggungannya, jangan enggan menolongnya. Tolonglah orang itu dan juga keldainya. Jangan merampas hak orang miskin untuk mendapatkan keadilan. Jauhkanlah dirimu daripada perkara dusta dan jangan kamu hukum mati orang yang tidak bersalah dan orang benar kerana Aku tidak akan membenarkan orang yang fasiq. Jangan menerima rasuah kerana suap membutakan mata orang yang melihat dan memutarbalikkan kata-kata orang benar. Jangan kamu menganiaya seorang pendatang. Kamu sendiri tahu bagaimana rasanya menjadi pendatang kerana kamu pun dahulunya pendatang di Tanah Mesir.
Baca Keluaran 23
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Keluaran 23:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video