Kemudian Musa menghulurkan tangannya ke atas laut, dan TUHAN menguakkan laut dengan angin timur yang keras semalam-malaman itu, sehingga membuat dasar laut untuk menjadi tanah yang kering. Air pun terbelah. Lalu masuklah orang Israel ke tengah laut dengan berjalan di tanah yang kering, sementara air itu menjadi seperti tembok di sebelah kanan dan kiri mereka. Warga Mesir mengejar dan mengikuti mereka ke tengah laut — semua kuda Firaun, ratanya, dan pasukan berkudanya.
Baca Keluaran 14
Kongsi
Firman TUHAN kepada Musa, “Hulurkanlah tanganmu ke atas laut supaya air berbalik melanda orang Mesir, segala rata mereka, dan pasukan berkuda mereka.” Musa pun menghulurkan tangannya ke atas laut, lalu pada waktu fajar terbit kembalilah air laut ke tempatnya seperti sediakala, sementara orang Mesir berlari ke arah air itu. Demikianlah TUHAN menghempaskan orang Mesir di tengah laut. Air itu kembali lalu menutupi segala rata dan pasukan berkuda, iaitu seluruh pasukan Firaun yang mengikuti orang Israel masuk ke laut. Tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang terselamat. Sebaliknya, orang Israel berjalan di tanah yang kering di tengah laut, dan air itu menjadi seperti tembok di sebelah kanan dan kiri mereka. Demikianlah TUHAN menyelamatkan orang Israel daripada tangan warga Mesir pada hari itu. Orang Israel melihat warga Mesir mati terdampar di pantai laut. Ketika orang Israel melihat betapa besarnya kuasa yang ditunjukkan TUHAN terhadap orang Mesir, maka takutlah umat itu kepada TUHAN. Mereka pun percaya kepada TUHAN dan kepada Musa, hamba-Nya.
Bandingkan Semua Versi: Keluaran 14:21-23, 26-31
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video