Ester 2:15-16

Ester 2:15-16 AVB

Ketika tiba giliran Ester anak Abihail, iaitu bapa saudara Mordekhai yang mengambil Ester sebagai anak angkatnya untuk masuk menghadap raja, dia tidak meminta apa-apa selain yang dianjurkan oleh Hegai, sida raja yang bertugas menjaga para perempuan. Maka Ester menimbulkan rasa sayang di mata semua orang yang melihat dia. Kemudian Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana kerajaannya pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, pada tahun ketujuh pemerintahan baginda.