Efesus 6:1-8

Efesus 6:1-8 AVB

Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. “Hormatilah ibu bapamu” — iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji — “supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.” Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan. Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada Kristus. Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba Kristus, melakukan kehendak Allah setulus hati. Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia. Ketahuilah bahawa apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas sewajarnya oleh Tuhan, baik hamba mahupun orang merdeka.

Imej Ayat untuk Efesus 6:1-8

Efesus 6:1-8 - Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. “Hormatilah ibu bapamu” — iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji — “supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.”
Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan.

Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada Kristus. Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba Kristus, melakukan kehendak Allah setulus hati. Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia. Ketahuilah bahawa apa-apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas sewajarnya oleh Tuhan, baik hamba mahupun orang merdeka.