Efesus 4:3-7
Efesus 4:3-7 AVB
dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu — satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian. Tetapi masing-masing diberi kasih kurnia sekadar pemberian Kristus.





