Kamu telah mati akibat kesalahan dan dosa yang dahulu kamu lakukan menurut jalan dunia, menurut raja segala kuasa di udara, roh yang sekarang bertindak dalam diri anak-anak derhaka. Kami semua juga pernah hidup sedemikian, memuaskan hawa nafsu, menunaikan kehendak tubuh dan fikiran, dan secara tabii merupakan anak-anak yang dimurkai, seperti yang lain juga. Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus — kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga, supaya pada zaman-zaman akan datang Allah dapat menunjukkan limpah kekayaan kasih kurnia-Nya dalam belas ihsan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus. Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman — ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah — bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan.
Baca Efesus 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Efesus 2:1-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video