Usah kehairanan jika kamu melihat di suatu wilayah berlakunya penindasan orang miskin serta pencabulan terhadap keadilan dan kebenaran kerana ada pegawai tinggi yang diawasi oleh pegawai tinggi yang lain dan mereka itu pula diawasi oleh pegawai yang lebih tinggi lagi. Bumi amat beruntung jika antara semua umat, ada raja yang mengusahakan ladangnya. Pencinta wang tidak akan puas dengan wang dan begitu jugalah pencinta kelimpahan tidak akan puas dengan pendapatannya. Ini juga kesia-siaan. Apabila ada pertambahan harta, akan bertambah juga kalangan yang menghabiskannya. Maka keuntungan apa yang dikecap para pemilik harta kecuali sekadar melihatnya dengan matanya? Nyenyak tidurnya orang yang bekerja, sama ada dia makan sedikit atau banyak tetapi kekenyangan orang kaya memang tidak membolehkan dia tidur. Ada keburukan yang menyedihkan yang kulihat di bawah matahari: pemilik kekayaan mendapat kehancuran daripada harta kekayaan sendiri. Dan melalui pengelolaan yang buruk, kekayaan itu lenyap hinggakan tiada suatu pun yang ada lagi untuk anaknya. Dengan telanjang seorang keluar daripada kandungan ibunya, dan dengan telanjang juga dia akan pergi. Tiada satu apa-apa pun hasil jerih payah usahanya yang dapat dibawa dalam tangannya.
Baca Pengkhutbah 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Pengkhutbah 5:8-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video