Daniel 6:25-28

Daniel 6:25-28 AVB

Setelah itu, Raja Darius mengirim surat kepada semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa yang tinggal di seluruh bumi, “Semoga kesejahteraanmu berlipat ganda! Aku mengeluarkan titah supaya di seluruh wilayah kekuasaan kerajaanku orang harus gentar dan takut kepada Allah yang disembah Daniel, kerana Dialah Allah yang hidup dan yang tetap selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan binasa dan kekuasaan-Nya sampai selamanya. Dia melepaskan dan menyelamatkan, Dia mengadakan tanda-tanda dan pelbagai keajaiban baik di langit mahupun di bumi. Dialah yang melepaskan Daniel daripada cengkaman singa-singa itu.” Daniel ini berkedudukan tinggi pada masa pemerintahan Darius dan pada masa pemerintahan Kores, orang Parsi.