Dengarlah perkataan dalam rintihanku ini tentang kamu, wahai keturunan kaum Israel, “Sang perawan Israel telah jatuh dan tidak dapat bangkit lagi. Dia terbuang di buminya sendiri, dan tiada sesiapa untuk membantunya bangun lagi.” Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Kota yang maju berperang dengan seribu orang hanya akan ada saki-baki seratus orang. Kota yang maju berperang dengan seratus orang hanya akan ada sisa sepuluh orang bagi keturunan kaum Israel.” Beginilah firman TUHAN kepada keturunan kaum Israel, “Carilah Aku, maka kamu akan hidup! Jangan mencari Betel, jangan masuk ke Gilgal, dan jangan menyeberang ke Bersyeba, kerana Gilgal pasti hanya menuju pembuangan dan Betel akan dilenyapkan.” Carilah TUHAN, maka kamu akan hidup. Jangan sampai Dia memancar seperti api menentang keturunan kaum Yusuf dan merentungkan Betel tanpa ada yang mampu memadamkan api itu.
Baca Amos 5
Kongsi
Mereka membenci orang yang memberikan teguran di sidang pengadilan dan mereka memandang keji orang yang berkata benar. Maka atas sebab kamu menginjak-injak orang miskin dan mengambil riba gandum daripadanya, sungguhpun kamu membangunkan rumah daripada batu pahat, kamu tidak akan mendiami rumah itu. Sungguhpun kamu menanam kebun-kebun anggur yang indah, kamu tidak akan meminum air anggurnya. Sebab Aku tahu berapa banyak pelanggaranmu dan berapa besar dosamu, wahai kamu yang menyempitkan lagi kehidupan orang benar, yang mengambil wang suap, dan yang memutarbalikkan hak orang yang melarat di sidang pengadilan. Oleh sebab itu orang yang bijak akan berdiam diri pada waktu itu, kerana waktu itu waktu jahat. Carilah yang baik, jangan yang jahat, supaya kamu hidup. Dengan demikian TUHAN, Allah alam semesta, akan menyertai kamu, seperti yang kamu katakan.
Bandingkan Semua Versi: Amos 5:1-6, 10-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video