Kisah Para Rasul 9:26-28

Kisah Para Rasul 9:26-28 AVB

Apabila Saul sampai di Yerusalem, dia cuba menghubungi para murid Yesus tetapi mereka takut dan tidak percaya bahawa dia benar-benar murid Yesus. Barnabas membawa Saul ke hadapan para rasul dan menceritakan bagaimana dia telah melihat Tuhan ketika dalam perjalanan, kata-kata Tuhan kepadanya dan keberanian Saul menyebarkan nama Yesus di Damsyik. Selepas itu, Saul keluar masuk di Yerusalem bersama para rasul serta mengajar nama Tuhan dengan berani.