Kisah Para Rasul 4:32-37
Kisah Para Rasul 4:32-37 AVB
Semua orang yang sudah percaya itu sehati sejiwa. Tiada seorang pun yang mengatakan sesuatu itu miliknya; mereka berkongsi segalanya. Dengan kuasa yang hebat rasul-rasul itu bersaksi tentang kebangkitan Tuhan Yesus. Kasih kurnia besar melimpahi mereka sekalian. Tiada seorang pun di antara mereka yang kekurangan; kerana semua yang memiliki harta atau rumah telah menjualnya, membawa wang jualan itu dan meletakkannya di kaki para rasul; lalu dibahagikanlah antara mereka menurut keperluan masing-masing. Yusuf yang digelar para rasul Barnabas (yang diterjemahkan sebagai Anak Pendorong), orang Lewi dari Siprus, ada mempunyai tanah. Dia menjualnya lalu membawa wang jualan itu, dan meletakkannya di kaki para rasul.


