Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

2 Raja-Raja 20:1-7

2 Raja-Raja 20:1-7 AVB

Pada waktu itu Hizkia jatuh sakit dan hampir mati. Datanglah Nabi Yesaya anak Amos menemuinya dan berkata kepadanya, “Beginilah firman TUHAN, ‘Uruskanlah rumah tanggamu, kerana engkau akan mati dan tidak akan sembuh lagi.’ ” Kemudian Hizkia memalingkan mukanya ke dinding dan berdoa kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, semoga Engkau ingat betapa aku telah hidup di hadapan-Mu dengan setia dan tulus hati, serta melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis tersedu-sedu. Yesaya belum keluar dari pelataran tengah ketika firman TUHAN datang kepadanya demikian, “Kembalilah dan katakanlah kepada Hizkia, pemimpin umat-Ku, ‘Beginilah firman TUHAN, Allah Daud, leluhurmu, “Telah Kudengar doamu dan telah Kulihat air matamu. Sesungguhnya, Aku akan menyembuhkan engkau. Pada hari ketiga engkau akan pergi ke Bait TUHAN. Aku akan menambah umurmu lima belas tahun lagi. Aku pun akan melepaskan engkau dan kota ini daripada tangan raja Asyur. Aku akan melindungi kota ini demi diri-Ku sendiri dan demi Daud, hamba-Ku.” ’ ” Lalu berkatalah Yesaya, “Ambillah ramasan buah ara.” Kemudian orang mengambilnya dan menaruhnya pada bisul Hizkia itu, maka dia pun sembuh.

Baca 2 Raja-Raja 20

Muat turun Apl Bible SekarangBible AppMuat Turun Apl Alkitab untuk Kanak-kanakBible App for Kids

Bandingkan Semua Versi: 2 Raja-Raja 20:1-7

waves

Dapatkan Apl Bible YouVersion

Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!

Muat turun AplMuat turun Apl
Muat turun Apl
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video