2 Korintus 5:11-19

2 Korintus 5:11-19 AVB

Kami tahu apa yang dimaksudkan dengan takut kepada Tuhan. Oleh itu, kami berusaha meyakinkan orang. Allah mengenal kami dengan jelas, dan aku berharap dalam hati nuranimu kamu juga mengenal kami dengan jelas. Kami bukanlah cuba memuji diri lagi di hadapanmu, tetapi kami memberimu alasan untuk berbangga dengan kami, supaya kamu dapat memberikan jawapan kepada mereka yang membanggakan hal-hal lahiriah dan bukan hal-hal batiniah. Sekiranya kami kelihatan seperti orang yang kehilangan akal, itu adalah demi kepentingan Allah. Jika kami kelihatan seperti orang yang berakal, itu adalah demi kepentinganmu. Kasih Kristus menguasai hidup kami, dan kami yakin bahawa apabila seseorang telah mati bagi semua orang, maka semua orang itu pun telah mati. Dia telah mati bagi semua orang, supaya mereka yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri tetapi untuk Dia yang telah mati dan telah dibangkitkan bagi mereka. Oleh itu, dari saat itu kami tidak memandang orang berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Memang kami pernah memandang Kristus secara lahiriah tetapi kini tidak lagi. Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 2 Korintus 5:11-19

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami