Kami tahu bahawa apabila khemah tempat kami tinggal di bumi ini roboh, Allah telah menyediakan tempat kediaman bagi kami di syurga, yang tidak diperbuat oleh tangan manusia, dan yang bersifat kekal. Dalam khemah yang kita diami kini, kita merintih dan merindui tempat tinggal kita di syurga, yang akan kita terima. Setelah kita menerimanya, kita tidaklah akan tinggal terdedah. Selagi kita masih mendiami khemah yang sekarang, kita merintih kerana terbeban, kerana kita tidak mahu terdedah; kita ingin dilindungi oleh yang kekal, ingin agar yang fana digantikan dengan yang hidup. Inilah yang telah disediakan Allah untuk kita; dan Dia telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita sebagai jaminan. Oleh itu, kami sentiasa yakin. Kami tahu bahawa selagi kami mendiami tubuh ini, kami masih jauh daripada Tuhan; Sebabnya kami hidup dengan iman, bukan dengan penglihatan. Kami sentiasa yakin. Sebenarnya kami lebih suka jika dipisahkan dari tubuh ini dan tinggal bersama Tuhan. Dengan demikian, baik ketika masih mendiami tubuh ini mahupun ketika dipisahkan darinya, kami berusaha supaya tetap diredai-Nya. Kita semua akan dihadapkan ke pengadilan Kristus, dan setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan dalam hidupnya, baik ataupun jahat.
Baca 2 Korintus 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 Korintus 5:1-10
7 Days
We're always told, "It's just another part of life," but trite sayings don't make the sting of losing a loved one any less painful. Learn to run to God when facing one of life's most difficult challenges.
15 Days
Over the course of 15 days, Paul David Tripp will remind you of God’s grace towards you—truths that never grow old. When “behavior modification” or feel-good aphorisms aren’t enough to make you new, learn to trust in God’s goodness, rely on His grace, and live for His glory each and every day.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video