2 Korintus 3:1-6

2 Korintus 3:1-6 AVB

Adakah kami memuji diri? Atau perlukah kami menunjukkan surat pujian kepadamu atau yang datang daripadamu, seperti dilakukan oleh sebilangan orang? Kamulah surat pujian kami, yang tersurat dalam hati kami, dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang. Kamu adalah surat kiriman Kristus yang kami hantarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh daripada Allah yang hidup; bukan pada loh batu tetapi pada loh daging iaitu hati manusia. Demikianlah keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus. Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah. Dialah yang telah menjadikan kami sanggup mengabdi diri kepada umat perjanjian baru yang tidak lagi berasaskan hukum-hukum bertulis tetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersurat itu membawa kematian sedangkan Roh membawa kehidupan.