2 Tawarikh 20:1-12

2 Tawarikh 20:1-12 AVB

Sesudah itu bani Moab dan bani Amon datang bersama orang Meunim untuk berperang melawan Yosafat. Maka datanglah beberapa orang memberitahu Yosafat, “Suatu pasukan besar datang dari Edom di seberang Laut Mati hendak menyerang tuanku. Sesungguhnya, mereka sudah berada di Hazezon-Tamar,” iaitu En-Gedi. Yosafat menjadi takut, lalu dia menetapkan hati untuk mencari hadirat TUHAN. Dimaklumkannya puasa bagi seluruh Yehuda. Orang Yehuda pun berkumpul untuk memohon pertolongan daripada TUHAN. Ya, dari semua kota Yehuda mereka yang datang untuk mencari hadirat TUHAN. Kemudian Yosafat berdiri di tengah-tengah jemaah Yehuda dan Yerusalem di Bait TUHAN, di depan pelataran yang baru. Dia berkata, “Ya TUHAN, Allah nenek moyang kami, bukankah Engkau Allah di syurga? Bukankah Engkau berkuasa atas segala kerajaan bangsa-bangsa? Di tangan-Mu ada kuasa dan keperkasaan, sehingga tidak ada yang dapat bertahan melawan Engkau. Ya Allah kami, bukankah Engkau yang menghalau penduduk negeri ini dari hadapan umat-Mu Israel dan mengurniakannya kepada keturunan Abraham, sahabat-Mu itu, untuk selama-lamanya? Mereka telah menetap di sini dan membina tempat suci bagi nama-Mu. Kata mereka, ‘Jika malapetaka, iaitu pedang, hukuman, wabak penyakit, atau bencana kebuluran menimpa kami, maka kami akan berdiri di depan Bait ini dan di hadapan-Mu, kerana nama-Mu ditegakkan di dalam Bait ini. Kami akan berseru kepada-Mu dalam keperitan kami, dan Engkau akan mendengar serta menyelamatkan kami.’ Sekarang, lihatlah bani Amon, Moab, dan orang Pergunungan Seir ini! Engkau tidak mengizinkan orang Israel mendatangi mereka ketika mereka keluar dari Tanah Mesir, sehingga orang Israel menyingkir mereka dan tidak membinasakan mereka. Tetapi lihatlah, sebagai balasan mereka terhadap kami, mereka datang untuk menghalau kami dari tanah milik-Mu yang telah Kauwariskan kepada kami. Ya Allah kami, masakan Engkau tidak menghukum mereka? Kami tidak punya kekuatan untuk menghadapi pasukan besar yang datang menyerang kami ini. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi mata kami tertuju kepada-Mu.”

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 2 Tawarikh 20:1-12

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami