Aku bersyukur kepada Kristus Yesus, Tuhan kita, yang telah menguatkanku, kerana Dia menganggapku setia, lalu memberiku tugas itu, walaupun dahulu aku seorang yang kufur, menganiaya dan ganas. Namun demikian, aku dikasihani-Nya kerana aku telah melakukan semuanya itu ketika aku jahil dan tidak beriman. Tuhan kita melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadaku, dengan iman dan kasih dalam Kristus Yesus. Pernyataan ini benar dan harus diterima sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang yang berdosa — akulah orang yang paling berdosa. Namun demikian, justeru itulah aku dikasihani, supaya Yesus Kristus dapat menunjukkan kesabaran-Nya yang tidak terhingga, sebagai contoh kepada orang yang akan beriman kepada-Nya untuk hidup kekal.
Kongsi
Baca 1 Timotius 1
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video