Saudara-saudaraku, kami mahu kamu mengetahui kebenaran tentang orang yang telah mati, agar kamu tidak bersedih seperti orang yang tidak mempunyai harapan. Kita percaya bahawa Yesus telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Yesus dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Allah untuk hidup bersama-Nya. Inilah ajaran Tuhan yang kami sampaikan kepadamu bahawa pada hari kedatangan Tuhan yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah mati. Pada waktu itu, Tuhan akan turun dari syurga dengan satu seruan yang kuat, dengan suara malaikat agung, dan dengan sangkakala Allah. Mereka yang telah mati dalam Kristus akan dibangkitkan terlebih dahulu. Kemudian kita yang masih hidup ketika itu akan diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu dengan Tuhan di angkasa. Lantas kita akan bersama Tuhan selama-lamanya. Oleh itu, hendaklah kamu menyenangkan hati sesama sendiri dengan kata-kata ini.
Baca 1 Tesalonika 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Tesalonika 4:13-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video