Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Pŭrchayalah akan Allah.
Kŭrna sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang bŭrkata kapada gunong ini, bŭrpindahlah angkau, dan tŭrbuanglah angkau kŭdalam laut, dŭngan tiada shak dalam hatinya, mŭlainkan pŭrchayalah iya barang yang dikatakannya itu akan jadi, maka iya akan mŭndapat barang apa yang dikatanya itu.
Maka sŭbab itulah aku bŭrkata kapadamu, barang suatu yang kamu kahandaki, apabila kamu mŭminta doa pŭrchayalah, bahwa kamu akan mŭnŭrima dia, dan kamu kŭlak akau mŭndapat dia.
Maka apabila kamu bŭrdiri sŭmbahyang, jikalau kamu ada mŭnaroh isi hati kapada barang siapa, ampunilah, supaya Ayahmu pun yang ada dishorga bulih mŭngampuni akan kŭsalahanmu.
Tŭtapi jikalau tiada angkau ampuni, maka Ayahmu pun yang ada dishorga tiada mŭngampuni akan kŭsalahanmu.
¶ Maka datanglah pula marika itu kaJerusalem, tŭngah Isa bŭrjalan dalam ka’abah, datanglah kapadanya kapala kapala imam, dan khatib khatib, dan orang tua tua:
Maka katanya kapada Isa, Dŭngan kwasa siapakah angkau bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini, dan siapakah tŭlah mŭmbri kwasa kapadamu akan mŭmbuat pŭrkara pŭrkara ini?
Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Aku pun bŭrtanya kapadamu suatu sual, jawablah kapadaku, maka bulihlah aku bŭrkata kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini.
Pŭmbaptisan Yahya itu deripada shorgakah, atau deri pada manusiakah? Jawablah akan daku.
Maka bŭrfikirlah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kita kata deri shorga, iya akan bŭrkata, mŭngapakah kamu tiada mahu pŭrchaya akan dia?
Tŭtapi jikalau kita kata deripada manusia, takotlah marika itu kapada kaum itu, kŭrna skalian marika itu mŭmbilang Yahya itu sŭsungguhnya sa’orang nabi adanya.
Maka jawab marika itu sŭrta bŭrkata kapada Isa, Tiada bulih kami mŭngatakan. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Maka aku pun tiadalah mahu mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini.