Sŭtlah diingatkan Allah akan marika itu dalam mimpi, bahwa janganlah marika itu kŭmbali kapada Herodis lagi, maka pulanglah iya kanŭgrinya deripada sempang yang lain.
Shahadan apabila marika itu sudah kŭmbali, hieran, datanglah sa’orang maliekat Tuhan kapada Yusof, dilihatnya dalam mimpi, katanya, bangunlah angkau, ambil kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya, bawalah lari kaMasir, tinggallah angkau disana, sampie aku mŭmbri tahu akan dikau, kŭrna Herodis mŭnchari kanak kanak itu handak dibunohnya dia.
Maka apabila bangunlah iya lalu diambilnya kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya pada malam, lalu bŭrjalanlah iya kaMasir.
Maka tinggallah iya disana sampie kapada kutika mati Herodis, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi deri pada Tuhan, katanya, Bahwa aku tŭlah mŭmanggil anakku deri dalam nŭgri Masir.
¶ Kalakian apabila dilihat ulih Herodis, bahwa iya tŭlah ditipu ulih pŭndita pŭndita itu, maka tŭrlalulah marahnya, sŭrta disurohkannya orang pŭrgi mŭmbunoh sagala budak budak yang ada diBathliham, dan pada skalian jajahannya itu yang ada bŭrumor dua tahun dan korang deripada itu, diturotnya spŭrti kutika yang tŭlah dipreksainya baik baik deripada pŭndita pŭndita itu.
Maka pada tŭtkala itu gŭnaplah pŭrkara yang dikatakan ulih Nabi Jermiah;
Katanya, Kadŭngaranlah dinŭgri Rama, satu suara ratap dan tangis, dan duka chita yang amat sangat, iya itu Rahil mŭnangiskan anaknya, tiadalah iya mahu dihiburkan sŭbab katidaan anaknya.
¶ Adapun apabila matilah Herodis, hieran, datanglah sa’orang mŭliekat Tuhan, dilihat Yosof dalam mimpi diMasir;
Katanya, Bangunlah angkau, ambil akan kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya, bawalah pŭrgi katanah Israil, kŭrna adapun yang handak mŭmbunoh kanak kanak itu sudah mati.
Hata bangunlah iya, sambil diambilnya kanak kanak itu sŭrta dŭngan ibunya, maka pŭrgilah iya katanah Israil.
Tŭtapi apabila didŭngarnya Arkilaus tŭlah mŭnjadi Raja mŭnggantikan krajaan Herodis, bapanya dalam tanah Yahuda, maka takotlah iya pŭrgi kasana, maka diingatkan Allah akan dia dalam mimpi, lalu mŭnyempanglah iya kapada jajahan tanah Galilia.
Maka datanglah iya tinggal dalam sa’buah nŭgri yang bŭrnama Nazareth, iya itu supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi nabi, bahwa Isa itulah akan bŭrgŭlar sa’orang Nazreth.