KŬRNA kamu saudara saudara, sŭndiri tŭlah mŭngatahui derihal kŭdatangan kami kapada kamu itu, bahwa iya itu bukannya dŭngan sia sia adanya.
Tŭtapi mŭskipun kumdian dahulu deripada kami tŭlah mŭrasai, sŭrta dilakukan atas kami dŭngan klakuan yang tiada malu diFilippi, yang spŭrti kamu kŭtahui, maka kami brani juga kŭrna Allah, bŭrkata kata kapada kamu akan Injil Allah dŭngan banyak pŭrbantahan.
Kŭrna nasihat kami itu bukannya dŭngan tipu, atau deripada nŭjis, atau dŭngan pŭrdaya;
Tŭtapi spŭrti tŭlah dipŭrkŭnankan Allah mŭmŭgangkan amanat Injil pada kami, maka dŭmkian itulah kami bŭrkata kata, bukannya spŭrti mŭnyukakan manusia, mŭlainkan Allah yang mŭnchobai hati kami.
Kŭrna bŭlomlah pŭrnah barang bila pun baik, kami mŭmakie pŭrkataan mŭngangkat angkat, spŭrti yang kamu kŭtahui, atau loba yang bŭrolok olok, Allah bŭrsaksi.
Atau tiada kami mŭnchari hormat diantara manusia, baik deripada kamu, baik deripada orang lain lain, jikalau kami mahu, bulihlah kami ini mŭnjadi brat bagie kamu, ulih sŭbab kami ini rasul rasul Almasih adanya.
Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya.
Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami.
Kŭrna kamu ingatlah juga saudara saudara, akan kŭlŭlahan dan kasusahan kami: kami bŭrlŭlah siang dan malam, sŭbab kami tiada mahu mŭnjadikan diri kami tanggongan pada barang sa’orang juapun diantara kamu, maka kami mŭngajar Injil Allah kapada kamu.