1
Bilangan 20:12
Alkitab Versi Borneo
AVB
Akan tetapi, TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, “Kerana kamu tidak percaya kepada-Ku dan tidak menyatakan kesucian-Ku di hadapan mata orang Israel, maka kamu tidak akan membawa jemaah ini masuk ke negeri yang akan Kukurniakan kepada mereka.”
Bandingkan
Selidiki Bilangan 20:12
2
Bilangan 20:8
“Ambillah tongkatmu, lalu bersama dengan Harun abangmu kumpulkanlah jemaah itu. Berbicaralah kepada bukit batu itu di hadapan mata mereka agar bukit batu itu mengeluarkan airnya. Begitulah cara kamu mengeluarkan air dari bukit batu itu bagi mereka dan memberikan minum umat itu berserta segala ternakan mereka.”
Selidiki Bilangan 20:8
3
Bilangan 20:11
Lalu Musa mengangkat tangannya dan memukul bukit batu itu dua kali dengan tongkatnya. Maka keluarlah air dengan limpahnya, dan minumlah umat itu berserta ternakan mereka.
Selidiki Bilangan 20:11
4
Bilangan 20:10
Kemudian Musa dan Harun mengumpulkan umat itu di depan bukit batu. Kata Musa kepada mereka, “Dengarlah, hai orang derhaka! Apakah kami harus mengeluarkan air bagimu dari bukit batu ini?”
Selidiki Bilangan 20:10
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video