1
Yosua 2:11
Alkitab Versi Borneo
AVB
Sebaik sahaja kami mendengar hal itu, tawarlah hati kami. Tidak ada lagi baki semangat yang ada pada seorang pun kerana kamu, sebab TUHAN, Allahmu, ialah Allah di langit di atas dan di bumi di bawah.
Bandingkan
Selidiki Yosua 2:11
2
Yosua 2:10
Kami telah mendengar bagaimana TUHAN mengeringkan air Laut Merah di hadapanmu ketika kamu keluar dari Mesir, juga apa yang kamu lakukan terhadap dua orang raja bani Amori di seberang Sungai Yordan, iaitu Sihon dan Og, yang telah kamu tumpaskan itu.
Selidiki Yosua 2:10
3
Yosua 2:8-9
Sebelum dua orang itu tidur, perempuan itu naik mendapatkan mereka di atas bumbung. Katanya kepada mereka, “Aku tahu bahawa TUHAN telah mengurniakan negeri ini kepada kamu. Rasa ngeri terhadap kamu telah melanda kami, dan seluruh penduduk negeri ini gementar kerana kamu.
Selidiki Yosua 2:8-9
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video