1
1 Korintus 5:11
Alkitab Versi Borneo
AVB
Maksudku ialah kamu tidak harus bergaul dengan orang yang mengaku diri sebagai saudara tetapi pada hakikatnya orang yang cabul, tamak, penyembah berhala, pengumpat, pemabuk atau penipu. Janganlah makan bersama mereka.
Bandingkan
Selidiki 1 Korintus 5:11
2
1 Korintus 5:7
Buanglah ragi lama supaya kamu menjadi adunan baru tanpa ragi. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya begitu. Kerana Kristus, domba Paskah kita telah dikorbankan.
Selidiki 1 Korintus 5:7
3
1 Korintus 5:12-13
Apakah urusanku sehingga aku harus mengadili orang di luar jemaah? Bukankah kamu mengadili orang di dalam jemaah sahaja? Tetapi bagi yang di luar jemaah, Allah sendiri akan mengadili mereka. Oleh itu, kamu harus singkirkan orang yang durjana daripada kalanganmu.
Selidiki 1 Korintus 5:12-13