Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan GALATIA 2:20

9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 3 daripada 3
3 Hari
Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.

Tony Evans Memeriksa Perdamaian Ras Dengan Teliti
3 Hari
Daripada perpaduan, banyak orang cuma bertolak ansur terhadap ras lain. Mereka cuma bersabar dengan orang lain tanpa keinginan untuk betul-betul berhubungan dengan mereka. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Dr. Tony Evans akan membantu kita berundur daripada toleransi ras dan bergerak ke arah perdamaian. Kita akan berbincang tentang kunci untuk perdamaian alkitabiah yang autentik dan mengapa itu adalah amat penting demi perpaduan sebenar dalam tubuh Yesus Kristus.

Renungan Andrew Murray
7 Hari
Andrew Murray ialah seorang pastor Afrika Selatan yang telah menulis banyak buku dan bahan renungan kecil untuk menyebarkan Firman Allah kepada ahli kariah luar bandar. Disusun daripada banyak buku kesayangan Murray, renungan yang meningkatkan kehidupan ini akan membawa penghiburan harian dan menyegarkan anda dalam perjalanan anda dengan Allah.

Menumpukan Hidup Anda Pada Menemui Allah
7 Hari
Hidup ini ditandakan oleh satu pililhan: siapa atau apa yang menjadi tumpuan hidup kita? Pilihan ini membawa kita kepada keputusan yang membentuk siapa kita ini, perasaan kita, siapa atau apa yang dihargai, dan perkara yang akan dicapai pada akhir hayat kita. Menumpukan hidup kita pada diri sendiri atau perkara dunia ini hanya menyebabkan kemusnahan.

Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut Kehidupan
10 Hari
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.