Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan EFESUS 4:2

Bertumbuh dalam Kasih
5 Hari
Hal yang betul-betul penting ialah mengasihi Allah dan orang lain, tetapi bagaimanakah kita berbuat demikian secara berkesan? Sebenarnya, kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan baik dengan kuasa sendiri. Namun, apabila kita memandang Allah dan merendahkan diri, kita boleh hidup daripada kasih Allah yang autentik dan berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang bertumbuh dalam kasih dalam Pelan Alkitab 5 hari daripada Pastor Amy Groeschel ini.

Berjalan dengan Bagasi Ringan
7 Hari
Pada musim Krismas yang penuh sesak, kebanyakan daripada kita rasa tertekan dan risau akan hubungan keluarga, tekanan kewangan, keputusan yang terburu-buru, dan kekecewaan. Jadi, teruskan. Tarik nafas. Mulakan Pelan Alkitab Life.Church ini dan menyedari bahawa beban yang kita rasa ini mungkinlah sesuatu yang Allah tidak pernah minta kita pikul. Bagaimanakah kita melepaskan bagasi ini? Marilah berjalan dengan bagasi ringan.

Datanglah Kerajaan
15 Hari
Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.

21 Hari di Efesus
21 hari
Efesus kaya dengan kebenaran tentang Allah dan kerja penyelamatan-Nya dalam kita. Pelan ini direka bentuk untuk membantu anda menyelidiki teks ini, sementara mempelajari tentang Allah dan diri sendiri. Ritma enam langkah harian ini akan membantu anda untuk membina tabiat membaca dan berhubungan dengan Firman Allah. Pelan ini disediakan oleh Christian Standard Bible (CSB). Ketahui lebih lanjut di CSBible.com.