Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 2 KORINTUS 5:14

Mengingati Segala yang Allah Lakukan
5 Hari
Kecenderungan semulajadi kita adalah memandang ke depan, namun kita tidak harus melupai masa yang lepas. Pelan ini membantu anda mengingati segala yang Allah lakukan untuk membentuki anda hari ini. Setiap hari, anda diberi suatu bacaan Alkitab serta meditasi agama ringkas untuk membantu anda mengingati peristiwa-peristiwa utama dalam perjalanan anda bersama Kristus.

Hidup yang Berurat Berakar
5 Hari
Seperti yang didefinisikan oleh seorang pastor New York, Rich Villodas, hidup yang berurat berakar ialah hidup yang ditandakan oleh integrasi, persilangan, penyambatan, perjalinan, dan kesatuan pelbagai lapisan pembentukan rohani. Bentuk hidup ini memanggil kita untuk menjadi orang yang memupuk hidup dengan Allah dalam doa, bergerak ke arah perdamaian, memperjuangkan keadilan, mengamalkan kehidupan batin yang sihat, dan memandang tubuh serta keseksualan kita sebagai kurnia yang harus dijaga.

Renungan Kesyukuran Harian Paul Tripp
12 Hari
Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.