Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 2 KORINTUS 1:3

Kenapa Kesakitan?
3 hari
Apa yang kamu sedang bergelutan pada hari ini akan menjadi apa yang akan digunakan oleh Tuhan pada hari esok. Kamu akan belajar kenapa Tuhan membenarkan kita mengalami kesakitan dan penderitaan dalam hidup kita. Ini akan mengambil masa selama sepuluh minit setiap hari dalam tempoh tiga hari sahaja semasa waktu peribadi kamu bersama Tuhan dan Firman-Nya. Mari sertai rancangan ini untuk mengetahui rancangan-rancangn lain yang tersembunyi di sebalik kesakitan yang dialami.

Penderitaan
4 Hari
Penderitaan itu sebahagian asas agama Kristen - 2 Tim 3:12. Respons iman kita terhadap penderitaan meningkat ketika kita lebih mengenali Allah dan merenungi FirmanNya. Ayat-ayat berikut, bila dihafal, boleh membina respons iman terhadap penderitaan. Biarlah kehidupan anda diubah melalui penghafalan Alkitab! Untuk sistem penghafalan Alkitab yang menyeluruh, kunjungi http://www.MemLok.com

Segala Sesuatu yang Baru
5 Hari
Dalam perjalanan menyelidiki kitab 2 Korintus ini, Segala Sesuatu yang Baru meneliti teologi iman Paulus yang penuh bahaya dan cabaran di dunia ini dan panggilan Allah agar kita menjadi berani. Kelly Minter membantu kita memahami bagaimana perjalanan Kristian kelihatan bercanggahan dengan kecenderungan semula jadi kita, tetapi terbukti jauh lebih baik dan abadi. Dalam pelan bacaan lima hari ini, anda akan meneliti isu-isu seperti: bagaimana bertindak terhadap hubungan yang sukar, mengamanahkan Allah dengan reputasi anda, mengasaskan identiti anda pada Kristus, memahami tujuan penderitaan dan peruntukan Allah dalam penderitaan, dan bagaimana kita harus menjadi cahaya injil bagi dunia.

Depresi
7 Hari
Sesiapapun pada sebarang umur mungkin mengalami depresi. Pelan tujuh-hari ini akan membimbing anda kepada Penolong. Tenangkan fikiran dan hati anda semasa membaca Alkitab dan anda akan menemui aman, kekuatan, dan kasih yang kekal.

Mencari Allah Melaluinya
10 Hari
Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan "Mencari Allah Melaluinya" bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda.

Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church
19 Hari
Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 Hari
21 Hari
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.

Postur Adven: Renungan Harian Krismas
27 Hari
Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.