Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 1 YOHANES 5:15

Apabila Anda Tidak Memahami Tuhan
5 Hari
Kita semua pernah tertanya-tanya tentang Tuhan—beberapa pertanyaan telah dijawab dan beberapa lagi belum. Kebenaran yang kita pelajari daripada Alkitab akan membantu kita mencari jawapan untuk banyak pertanyaan kita. Untuk jawapan yang tidak difahami atau pertanyaan yang masih belum terjawab, marilah kita menjadikannya dorongan untuk lebih mencari Tuhan.

Bernyala: Panduan Mudah Doa yang Berani
6 Hari
Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk berdoa secara tetap serta dengan berani.

Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut Kehidupan
10 Hari
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam Roh
30 Hari
Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.