1
Kejadian 32:28
Alkitab Versi Borneo
AVB
Kata lelaki itu, “Kini namamu bukan lagi Yakub tetapi Israel, kerana kamu sudah berjaya bergelut dengan Allah dan dengan manusia.”
Confronta
Esplora Kejadian 32:28
2
Kejadian 32:26
Lalu kata lelaki itu, “Biarkan aku pergi kerana fajar sudah mula menyingsing.” Tetapi jawab Yakub, “Aku tidak akan membiarkan kamu pergi sebelum kamu memberkati aku.”
Esplora Kejadian 32:26
3
Kejadian 32:24
Maka tinggallah Yakub seorang diri lalu muncul seorang lelaki yang bergelut dengannya sehingga fajar menyingsing.
Esplora Kejadian 32:24
4
Kejadian 32:30
Yakub menamai tempat itu Peniel kerana katanya, “Aku telah bersemuka dengan Allah dan nyawaku terselamat.”
Esplora Kejadian 32:30
5
Kejadian 32:25
Apabila lelaki itu melihat betapa dia tidak dapat mengalahkan Yakub, dipukulnyalah pangkal paha Yakub. Maka terseliuhlah pangkal paha Yakub bahana bergelut dengan lelaki itu.
Esplora Kejadian 32:25
6
Kejadian 32:27
Lalu lelaki itu bertanya kepadanya, “Siapakah namamu?” Jawabnya, “Yakub.”
Esplora Kejadian 32:27
7
Kejadian 32:29
Maka Yakub pun berkata, “Harap beritahulah namamu.” Jawabnya, “Mengapakah kamu menanyakan namaku?” Kemudian dia memberkati Yakub di situ.
Esplora Kejadian 32:29
8
Kejadian 32:10
aku tidak layak menerima sedikit pun daripada segala ihsan serta kasih setia yang telah Engkau tunjukkan kepada hamba-Mu ini, kerana hanya dengan tongkat ini aku menyeberangi Sungai Yordan ini dahulu, tetapi kini aku terbahagi menjadi dua buah rombongan.
Esplora Kejadian 32:10
9
Kejadian 32:32
Maka sampai hari ini orang Israel tidak makan urat pinggul yang ada pada pangkal paha binatang kerana Dia telah memukul pangkal paha Yakub pada urat pinggul itu.
Esplora Kejadian 32:32
10
Kejadian 32:9
Berkatalah Yakub, “Ya Allah datukku Abraham dan Allah ayahku Ishak, ya TUHAN yang telah berfirman kepadaku, ‘Pulanglah ke negerimu, kepada sanak saudaramu, dan Aku akan berbuat baik kepadamu,’
Esplora Kejadian 32:9
11
Kejadian 32:11
Namun demikian, lepaskanlah aku daripada tangan Esau, abangku, kerana aku takut kepadanya, jangan-jangan dia datang untuk menyerang aku serta para ibu dengan anak-anak mereka.
Esplora Kejadian 32:11