Setelah mereka makan, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, “Simon anak Yohanes, adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan.” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah anak-anak domba-Ku.” Untuk kali kedua Yesus bertanya kepadanya, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku?” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan.” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah domba-domba-Ku.” Untuk kali ketiga Yesus bertanya kepadanya, “Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku?” Petrus sedih kerana Yesus bertanya tiga kali kepadanya, “Adakah kamu mengasihi Aku?” Oleh itu Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan mengetahui semuanya. Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan!” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah domba-domba-Ku.
Read YOHANES 21
Share
Compare all versions: YOHANES 21:15-17
Save verses, read offline, watch teaching clips, and more!
YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy
Home
Bible
Plans
Videos