MAZMUR 23

23
TUHAN Gembalaku
1Mazmur Daud.
TUHAN ialah gembalaku;
aku tidak kekurangan apa-apa.
2 Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau
dan membimbing aku ke air yang tenang.
3Dia memberi aku kekuatan baru.
Dia membimbing aku di jalan yang benar,
sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
4Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,
aku tidak akan takut,
ya TUHAN,
kerana Engkau menyertai aku.
Engkau melindungi aku
dengan tongkat dan gada-Mu.
5Engkau menyediakan jamuan untukku,
di hadapan semua musuhku;
Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati
dan mengisi cawanku hingga penuh.
6Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku;
rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.

目前选定:

MAZMUR 23: BM

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录

YouVersion 使用 cookie 来个性化你的体验。使用我们的网站,即表示你同意我们根据我们的隐私政策来使用 cookie。