Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud. Jawablah apabila aku berseru, ya Allah, Pembelaku! Ketika aku susah dahulu, Engkau datang menolong aku. Sekarang kasihanilah aku, dan dengarlah doaku! Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku? Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu, dan mengejar yang palsu? Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya, dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya. Ketika kamu marah, jangan berdosa. Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri, sewaktu kamu berbaring di tempat tidur. Persembahkanlah korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN. Banyak orang berdoa, “Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN. Semoga Engkau berkenan kepada kami.” Engkau membuat hatiku lebih girang daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman. Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram; Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.
阅读MAZMUR 4
分享
对照所有译本: MAZMUR 4:1-9
保存经文、离线阅读、观看讲道视频,还有更多!
YouVersion 使用 cookie 来个性化你的体验。使用我们的网站,即表示你同意我们根据我们的隐私政策来使用 cookie。
主页
圣经
计划
视频