Banyak orang datang kepada Yohanes supaya dibaptis olehnya. “Kamu orang jahat!” kata Yohanes kepada mereka. “Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang? Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa! Janganlah mula berkata sesama sendiri, ‘Abraham nenek moyang kami.’ Ketahuilah, Allah dapat membuat batu-batu ini menjadi keturunan untuk Abraham! Lihatlah, kapak sudah tersedia untuk menebang pokok sehingga ke akarnya. Tiap-tiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.” Orang ramai bertanya kepada Yohanes, “Apakah yang harus kami lakukan?” Yohanes menjawab, “Sesiapa yang mempunyai dua helai baju, harus memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai baju; dan sesiapa yang mempunyai makanan, harus berkongsi makanan dengan yang berkekurangan.” Beberapa orang pemungut cukai datang dan minta dibaptis. Mereka bertanya kepada Yohanes, “Guru, apakah yang harus kami lakukan?” Yohanes berkata, “Janganlah minta lebih daripada apa yang telah ditetapkan.” Askar-askar juga bertanya kepadanya, “Bagaimana dengan kami? Apakah yang harus kami lakukan?” Yohanes menjawab, “Janganlah peras duit daripada sesiapa pun, dan jangan rampas wang dengan mengajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gaji kamu!”
阅读LUKAS 3
分享
对照所有译本: LUKAS 3:7-14
保存经文、离线阅读、观看讲道视频,还有更多!
YouVersion 使用 cookie 来个性化你的体验。使用我们的网站,即表示你同意我们根据我们的隐私政策来使用 cookie。
主页
圣经
计划
视频