Tetapi syukur kepada Allah! Kerana kami hidup bersatu dengan Kristus, kami sentiasa dipimpin oleh Allah untuk menyertai perarakan kemenangan Kristus. Allah menggunakan kami agar berita tentang Kristus tersebar seperti bau yang harum semerbak ke merata tempat. Kami seperti bau kemenyan yang harum, yang dipersembahkan oleh Kristus kepada Allah. Semerbak baunya merebak kepada orang yang sedang diselamatkan dan kepada orang yang sedang menuju kepada kebinasaan. Bagi orang yang sedang menuju kepada kebinasaan, perkhabaran daripada Allah seperti bau kematian yang membunuh. Tetapi bagi orang yang sedang diselamatkan, perkhabaran itu seperti bau harum yang membawa kehidupan. Siapakah yang layak untuk menjalankan tugas itu?
分享
阅读2 KORINTUS 2
保存经文、离线阅读、观看讲道视频,还有更多!
YouVersion 使用 cookie 来个性化你的体验。使用我们的网站,即表示你同意我们根据我们的隐私政策来使用 cookie。
主页
圣经
计划
视频