TUHAN berfirman, “Jika kamu merayakan hari Sabat sebagai hari yang suci, dan tidak mementingkan hal sendiri pada hari itu; jika kamu menghargai hari-Ku yang suci dan menghormatinya dengan tidak berpergian pada hari itu, tidak bekerja, dan tidak bercakap kosong, maka kamu akan berbahagia kerana mengabdi kepada-Ku. Aku akan menyebabkan kamu dihormati di seluruh dunia, dan kamu akan menikmati hasil negeri yang Aku berikan kepada nenek moyang kamu, Yakub. Aku, TUHAN, telah berfirman.”