bible icon

Bawalah kuasa Apl Bible kepada kebaktian gereja anda.

Segala sesuatu yang diperlukan gereja anda untuk melibatkan diri dengan mesej anda, dan untuk berkongsinya dengan orang lain. Percuma, tanpa kertas, dan telah dipasang dalam jutaan peranti.

Bantulah komuniti anda memanfaatkan mesej anda dengan sebaik-baiknya.

Hadirin boleh turut serta, menggunakan Alkitab, mencatat nota, dan menyimpan salinan tersendiri untuk rujukan masa hadapan.

Kandungan anda dalam telefon pintar mereka.

Garis kasar mesej, pengumuman, pautan kepada pemberian dalam talian… apa jua yang perlu dikomunikasikan kepada gereja anda, kongsikan semuanya — 100% percuma.

Pimpinlah jemaat anda agar lebih menyelami Alkitab.

Cadangkan Pelan Bacaan dan Renungan yang akan membantu komuniti anda menggunakan Alkitab sepanjang minggu.

iphone-header
iphone-screen
iphone-footer

Berkuasa tidak semestinya bermaksud rumit.

Cipta Acara dengan mudah daripada mana-mana Mac atau PC yang dapat mengakses internet. Cuma tarik dan lepaskan setiap butiran Acara anda, mengatur semula, mengedit, dan membetulkannya sepanjang proses itu.

  • Berkuasa tidak semestinya bermaksud rumit.

Semua blok binaan yang diperlukan…untuk menetapkan Acara menurut kehendak anda.

Modul yang fleksibel menjimatkan masa dan tenaga. Gabungkan unsur-unsur untuk membuat Acara yang baru tanpa sebarang asas. Ataupun mengguna semula Acara yang ada dan menyesuaikannya di mana perlu. Anda boleh menyalin Acara yang ada dan menyesuaikannya untuk perhimpunan yang berbeza sama sekali. Sepanjang proses itu, Previu membolehkan anda untuk melihat kandungan Acara anda sebagaimana yang akan dilihat oleh hadirin anda.

Modul TeksModul Teks

Garis kasar, isi utama, soalan perbincangan… Kongsikan apa-apa kandungan teks yang akan membantu para hadirin anda untuk mengikuti mesej anda semasa ia berlangsung.

Rujukan AlkitabRujukan Alkitab

Paparkan petikan tepat di tempat mesej anda merujuknya, dipautkan kepada mana-mana daripada 2400+ versi Apl Bible, dalam 1600+ bahasa — tidak perlu menyalin atau menampal.

Modul Pelan BacaanModul Pelan Bacaan

Pautkan kepada Pelan Alkitab dan Renungan yang berkaitan dengan hujah pengajaran anda, yang membantu pendengar anda untuk terus berhubung dengan Firman Allah sepanjang minggu.

Modul Pautan WebModul Pautan Web

Memudahkan akses hadirin anda kepada pemberian dalam talian, pendaftaran menjadi sukarelawan, atau laman gereja. Masukkan pautan kepada mana-mana laman luaran dalam Acara anda.

Modul ImejModul Imej

Hidupkan Acara anda dengan lukisan, gambar, Imej Ayat, dan banyak lagi. Para hadirin boleh berkongsi imej Acara dengan mudah melalui media sosial mereka, menularkan mesej anda.

Modul PengumumanModul Pengumuman

Sebarkan semua maklumat penting anda dengan mudah dan kena pada masanya: berita gereja, kalendar acara, program, kelas, peluang menjadi sukarelawan dan menyertai misi, dan banyak lagi.

Lokasi & MasaLokasi & Masa

Maklumkan orang tentang tempat dan masa Acara anda akan berlangsung — termasuk Acara yang berlaku pada beberapa masa dan lokasi.

Menduplikasi AcaraMenduplikasi Acara

Jimat masa dan tenaga. Cipta Acara baru dengan cepat, dengan menyalin Acara yang ada dan menyesuaikannya dengan maklumat terkini.

Penjimatan KosPenjimatan Kos

Jimat wang untuk pencetakan dan mengurangkan penggunaan kertas… sementara anda menjangkau orang melalui platform yang telah dipasang dalam lebih daripada 200 juta peranti.

piggy-bank-image
Sesebuah gereja yang biasa membelanjakan $10,000 setahun
untuk mencetak buletin. Acara membantu anda mengurangkan atau
menghapuskan kos tersebut.

Kesaksian

Pastor Bill White

"Kami berasa amat teruja untuk mengimplementasikan YouVersion dalam pelayanan kami, terutamanya bahagian Acara, di mana kami memasukkan nota pengajaran dan komen setiap minggu. Jemaat kami menghargai ketersediaan nota pada hujung jari mereka, berkongsinya, dan menyimpannya. Kami telah menyalurkan ribuan ringgit kepada keperluan pelayanan lain menerusi penggantian program tercetak!"

Pastor Bill White
Christ Journey Church

Pastor Herbert Cooper

"Acara YouVersion ialah sumber yang berharga kepada keluarga gereja kami. Keupayaan jemaat kami untuk mengikuti nota khutbah dan rujukan Alkitab semasa khutbah mewujudkan penglibatan dan kesan yang berkuasa."

Pastor Herbert Cooper
People’s Church

Cindy Beall

"Kami menggunakan Acara untuk semua sesi kami, membenarkan para hadirin kami untuk memiliki nota dan rujukan Alkitab daripada penceramah di depan mata mereka. Acara telah menjimatkan pencetakan ribuan halaman! Menetapkan Acara adalah amat mudah, dan ia sentiasa diterbitkan pada masa yang tepat."

Cindy Beall
Leading and Loving It Pengarah Equip

bible icon

Acara ialah ciri yang baru, percuma sepenuhnya, dan hanya dalam Apl Bible.

Revolusi dalam penggunaan Alkitab sedang berlaku dalam hidup kita. Dipasang dalam lebih daripada 750 juta peranti yang unik setakat ini (dan masih bertambah), Apl Bible menolong orang di setiap negara berhubung dengan Firman Allah. Sekarang ini, melalui Acara, kami gembira menawarkan jangkauan platform ini kepada anda.

  • app store
  • google playstore

Marilah kita bermula.

Cipta Acara pertama anda untuk dikongsikan dalam Apl Bible dalam kurang daripada 10 minit. Anda hanya memerlukan sebuah Mac atau PC dan akaun YouVersion yang percuma.

Mencipta Acara