Daniel 2:20-22
Daniel 2:20-22 AVB
Kata Daniel, “Segala puji bagi nama Allah selama-lamanya, kerana hikmah dan kekuatan milik-Nya! Dia mengubah waktu dan musim, Dia memecat dan melantik raja-raja. Dia mengurniakan hikmah kepada orang bijak dan pengetahuan kepada orang yang memiliki pengertian. Dia menyingkapkan hal-hal yang dalam dan tersembunyi. Dia mengetahui apa yang ada di dalam gelap, dan cahaya menetap dalam-Nya.

