1
ROMA 13:14
Alkitab Berita Baik Catholic Interconfessional Bible
BMDC
Tetapi biarlah Tuhan Yesus Kristus menjadi pelindung kamu. Janganlah turuti tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu.
Bera saman
Njòttu ROMA 13:14
2
ROMA 13:8
Janganlah berhutang kepada sesiapa pun, kecuali berhutang kasih terhadap satu sama lain. Sesiapa yang mengasihi sesama manusia, mentaati Taurat.
Njòttu ROMA 13:8
3
ROMA 13:1
Setiap orang harus taat kepada pemerintah, kerana pemerintah mendapat kekuasaan daripada Allah. Pemerintah yang ada sekarang pun ditetapkan oleh Allah.
Njòttu ROMA 13:1
4
ROMA 13:12
Malam hampir berlalu, dan fajar akan menyingsing. Marilah kita berhenti melakukan perkara-perkara yang dilakukan dalam kegelapan. Marilah kita lengkapi diri seolah-olah dengan senjata yang digunakan dalam terang.
Njòttu ROMA 13:12
5
ROMA 13:10
Orang yang mengasihi orang lain, tidak akan berbuat jahat kepada orang itu. Oleh itu orang yang mengasihi sesama manusia, mentaati keseluruhan Taurat.
Njòttu ROMA 13:10
6
ROMA 13:7
Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai.
Njòttu ROMA 13:7