MAZMUR 150
150
Pujilah TUHAN!
1Pujilah TUHAN!
Pujilah Allah di Rumah-Nya!
Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya!
2Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa!
Pujilah keagungan-Nya!
3Pujilah Dia dengan trompet!
Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!
4Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian!
Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!
5Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting!
Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!
6Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!
Pujilah TUHAN!
Actualmente seleccionado:
MAZMUR 150: BM
Destacar
Copiar
Comparar
Compartir
¿Quieres guardar tus resaltados en todos tus dispositivos? Regístrate o Inicia sesión
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.