1
Pengkhutbah 7:9
Alkitab Versi Borneo
AVB
Jangan hatimu cepat marah kerana amarah mendongkol dalam dada orang bodoh.
Comparar
Explorar Pengkhutbah 7:9
2
Pengkhutbah 7:14
Bergembiralah pada hari kamu makmur, tetapi pada hari kamu susah ingatlah bahawa betapa hari kamu susah pun dijadikan Allah seperti hari kamu makmur, agar manusia tidak memahami apa yang bakal terjadi pada kemudian hari.
Explorar Pengkhutbah 7:14
3
Pengkhutbah 7:8
Kesudahan sesuatu lebih baik daripada permulaannya. Jiwa yang sabar lebih baik daripada jiwa yang bongkak.
Explorar Pengkhutbah 7:8
4
Pengkhutbah 7:20
Sesungguhnya, di bumi ini tiada orang benar yang sentiasa berbuat baik dan tidak pernah berdosa.
Explorar Pengkhutbah 7:20
5
Pengkhutbah 7:12
Maka melindungi hikmah juga seperti melindungi wang, dan kelebihan hikmah ialah ia memelihara kehidupan para pemiliknya.
Explorar Pengkhutbah 7:12
6
Pengkhutbah 7:1
Nama yang baik lebih baik daripada ubat salap yang berharga, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.
Explorar Pengkhutbah 7:1
7
Pengkhutbah 7:5
Mendengar celaan orang yang bijaksana lebih baik daripada mendengar dendangan orang bodoh.
Explorar Pengkhutbah 7:5
8
Pengkhutbah 7:2
Pergi ke rumah orang berkabung lebih baik daripada pergi ke rumah orang berpesta kerana kesudahan setiap insan memang di rumah orang berkabung. Semoga setiap insan yang hidup memperingati hal ini.
Explorar Pengkhutbah 7:2
9
Pengkhutbah 7:4
Hati orang yang bijaksana berada di tempat perkabungan tetapi hati orang bodoh di tempat bersuka ria.
Explorar Pengkhutbah 7:4