1
Pengkhutbah 5:2
Alkitab Versi Borneo
AVB
Janganlah terburu-buru berkata-kata dengan mulutmu, dan janganlah hatimu segera mengeluarkan perkataan di hadapan Allah, kerana Allah di syurga walhal kamu berada di bumi. Maka biarlah sedikit sahaja perkataanmu.
Comparar
Explorar Pengkhutbah 5:2
2
Pengkhutbah 5:19
Setiap orang yang dirahmati Allah kekayaan, harta benda dan kuasa untuk menikmatinya, untuk menerima bahagiannya, dan untuk bersukacita dalam jerih payahnya — itu juga kurnia Allah.
Explorar Pengkhutbah 5:19
3
Pengkhutbah 5:10
Pencinta wang tidak akan puas dengan wang dan begitu jugalah pencinta kelimpahan tidak akan puas dengan pendapatannya. Ini juga kesia-siaan.
Explorar Pengkhutbah 5:10
4
Pengkhutbah 5:1
Jagalah langkahmu ketika kamu berjalan ke Rumah Allah! Menghampiri bait itu untuk mendengar memang lebih baik daripada mempersembahkan korban sebagaimana yang dilakukan oleh kalangan bodoh yang tidak tahu bahawa mereka berbuat jahat.
Explorar Pengkhutbah 5:1
5
Pengkhutbah 5:4
Jika kamu bernazar kepada Allah, bersegeralah membayarnya kerana Allah tidak berkenan terhadap kalangan bodoh. Maka bayarlah nazarmu.
Explorar Pengkhutbah 5:4
6
Pengkhutbah 5:5
Lebih baik tidak bernazar daripada kamu bernazar tetapi tidak membayar nazarmu.
Explorar Pengkhutbah 5:5
7
Pengkhutbah 5:12
Nyenyak tidurnya orang yang bekerja, sama ada dia makan sedikit atau banyak tetapi kekenyangan orang kaya memang tidak membolehkan dia tidur.
Explorar Pengkhutbah 5:12
8
Pengkhutbah 5:15
Dengan telanjang seorang keluar daripada kandungan ibunya, dan dengan telanjang juga dia akan pergi. Tiada satu apa-apa pun hasil jerih payah usahanya yang dapat dibawa dalam tangannya.
Explorar Pengkhutbah 5:15