YouVersion Logo
Search Icon

Plan Info

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - KebaktianSample

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian

DAY 2 OF 30

Berbahagialah orang yang bersedih hati, Tuhan akan menghiburkan/menyenangkan mereka. Matius 5:4 Penyenangan Semasa Bersedih. Semasa saya berumur 14 tahun. Pada satu tengah malam , teman lelaki saya menelefon untuk mengaku bahawa dia telah mencium gadis lain. Dia memberi penjelasan tentang kejadian tersebut tetapi saya enggan mendengar penjelasannya dan meletakkan telefon. Saya menangis tak berhenti-henti. Hati saya bagaikan dihancur kepada berjuta-jutaan kepinggan- Amat menyakitkan hati saya sehingga saya merasai kesakitan fizikal. Beberapa bulan yang lalu, saya menjumpai balik buku catatan harian yang saya telah mencatat bahawa, " Saya tidak akan sekali biarkan sesiapapun menyakitikan hati saya lagi seperti ini ." Apa yang akan kita lakukan apabila kita dilukai, dikecewakan, atau mengalami kesedihan? Matius 5:4 Janji kebahagiaan diberi kepada sesiapa yang bersedih hati. "bersedi hati" dalam bahasa Yunani " penthos " dan ia bermaksud ungkapan luar bagi penderitaan/kesakitan dalaman. Ini bermakna untuk menunjukkannya di luaran apa sahaja yang kita merasai di dalam kita, tidak menafikan penderitaan/kesakitan yang dialami dan juga tidak menyembunyikannya. Phew. Tetapi saya tidak mahu membiarkan sesiapapun menyakiti hati saya lagi! Tidak akan! Jika saya menunjukkan kesakitan saya secara terbuka, Kerana ini akan memberi peluang kepada orang ramai yang mereka ada kuasa keatas saya, kan? Saya tidak ingin perkara ini berlaku! Selama beberapa tahun dah saya menanamkan perasaan sakit hati itu dengan dalamnya di hati saya . Sehingga saya tidak sedar bahawa saya berada dalam kesakitan yang amat terdalam sebenarnya. Akibatnya, kesakitan itu telah mempunyai kuasa ke atas saya. Pada suatu hari, apabila kesakitan hati kecil berlaku, saya menjadi amat lemah dan keliru, sejak itu ,saya sedari bahawa saya tidah harus berpura-pura lagi. Hari ini saya belajar untuk menjadi lebih jujur dengan diri saya sendiri dan - terutama dengan orang yang telah menyakiti hati saya. Memberitahu semua orang tentang penderitaan dan kesakitan anda tidak akan dapat membantu kerana ini hanya akan mengukuhkan lagi kesakitan itu. Sebaliknya, menguruskan/ mengendalikan kesakitan hati kita dengan bijak -dengan mengakui bahawa kita sedang sakit dan memerlukan penyembuhan - datang kepada Tuhan yang mahu menyenangkan/menghiburkan kita dan mungkin mencari seseorang yang bijaksana yang boleh membantu kita mengatasi masalah tersebut. Saya boleh membayangkan bahawa ini adalah satu langkah yang amat besar untuk anda. Anda telah pergi sekian lama tanpa berduka kerana kehilangan ibu bapa anda, pengkhianatan pasangan anda, penyakit yang melumpuhkan atau kesepian, dan anda kekal kukuh dan berdirikasih. Tetapi anda tahu bahawa ada sesuatu adalah tidak betul. Jadi, di sini adalah soalan saya: Adakah ia benar-benar lebih penting untuk menjaga penampilan hidup yang bahagia dan bukannya kegembiraan dan kebebasan sebenar dalam kita? Saya percaya dengan cara ini kita akan mendapat penyembuhan dan rahmat sebenar. Dan saya percaya anda boleh menghadapi kesakitan dalam hati. Oleh @ninastrehl

Scripture

Day 1Day 3

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy