1
YESAYA 25:1
Alkitab Berita Baik
BM
TUHAN, Engkaulah Allahku; aku akan menyanjung Engkau dan memuji nama-Mu. Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan; Engkau telah merancangkannya sejak dahulu, dan melaksanakannya dengan setia.
Comparar
Explorar YESAYA 25:1
2
YESAYA 25:8
TUHAN Raja akan memusnahkan maut selama-lamanya! Dia akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah, dan menghilangkan kehinaan yang diderita oleh umat-Nya di seluruh bumi. TUHAN telah berfirman.
Explorar YESAYA 25:8
3
YESAYA 25:9
Apabila perkara itu berlaku, semua orang akan berkata, “Dialah Allah kita! Dialah yang kita nantikan untuk menyelamatkan kita. Dialah TUHAN yang kita nantikan. Sekarang kita bersorak gembira kerana Dia telah menyelamatkan kita.”
Explorar YESAYA 25:9
4
YESAYA 25:7
Di bukit ini, Dia akan menghapuskan suasana sedih yang telah menyelubungi semua bangsa.
Explorar YESAYA 25:7
5
YESAYA 25:6
Di Bukit Sion ini, TUHAN Yang Maha Kuasa akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa di bumi. Dia akan menghidangkan makanan yang terbaik dan wain pilihan.
Explorar YESAYA 25:6