1
YOSUA 6:2
Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
ABBDK96
TUHAN berfirman kepada Yosua, “Aku menyerahkan Yerikho dengan rajanya dan semua askarnya yang perkasa kepadamu.
Comparar
Explorar YOSUA 6:2
2
YOSUA 6:5
Selepas itu mereka harus meniup trompet dengan bunyi yang panjang, dan sebaik sahaja kamu mendengarnya, semua orang harus berteriak dengan kuat, lalu tembok kota itu akan roboh. Pada saat itu seluruh tenteramu harus terus memasuki kota itu.”
Explorar YOSUA 6:5
3
YOSUA 6:3
Engkau dan askar-askarmu harus berarak mengelilingi kota itu sekali sehari selama enam hari.
Explorar YOSUA 6:3
4
YOSUA 6:4
Tujuh orang imam yang masing-masing membawa sebuah trompet harus berjalan di hadapan Tabut Perjanjian. Pada hari ketujuh, engkau dan askar-askarmu harus berarak mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali, sementara imam-imam meniup trompet.
Explorar YOSUA 6:4
5
YOSUA 6:1
Pintu-pintu gerbang kota Yerikho dikawal dan ditutup supaya umat Israel tidak dapat masuk. Tiada seorang pun dapat masuk ataupun keluar dari kota itu.
Explorar YOSUA 6:1
6
YOSUA 6:16
Pada kali ketujuh, apabila imam-imam itu hendak meniup trompet, Yosua memerintahkan orangnya berteriak, dan dia berkata, “TUHAN sudah menyerahkan kota ini kepada kamu!
Explorar YOSUA 6:16
7
YOSUA 6:17
Kota itu dengan segala sesuatu di situ harus dimusnahkan sama sekali sebagai persembahan kepada TUHAN. Hanya Rahab, pelacur perempuan itu dan kaum keluarganya yang akan diselamatkan, kerana dia telah menyembunyikan pengintip-pengintip kita.
Explorar YOSUA 6:17