Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PengasuhanSampel

7 Things The Bible Says About Parenting

HARI 6 DARIPADA 7

Saya sakit hendak bersalin selama 60 jam. 60 jam yang panjang, sakit, dan merisaukan. Sesetengah wanita merungut tentang tempoh bersalin mereka yang panjang, yang lain melihatnya sebagai suatu penghormatan. Saya tergolong dalam kumpulan yang kedua kerana saya berasa bangga tentang setiap saat yang meletihkan itu. 

Namun, kebanggaan yang dirasa segera lenyap sebaik sahaja anak saya mula menangis pada tengah malam, hanya beberapa jam selepas dilahirkan.“Apakah yang dimaksudkan tangisan ini? Adakah dia rasa lapar? Bagaimana saya tahu berapa banyak susu yang diperlukannya? Adakah dia memerlukan benda yang lain? Di manakah jururawat?!?

Menemui anak lelaki saya menimbulkan kesyukuran yang tidak dapat dijelaskan terhadap kurnia hidupnya. Walau bagaimanapun, di sebalik kesyukuran yang tidak ada bandingannya itu, timbulnya gelora keraguan, ketakutan dan kekurangan. Sebagai ibu baru, saya rasa tidak bersedia dan tidak lengkap untuk menghadapi masa keibubapaan. 

Sebenarnya, perasaan itu belum lenyap sejak itu. Namun, saya mempercayai sepenuhnya bahawa apa yang dikatakan Alkitab adalah benar:

Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya.Yakobus 1:5

Allah menunjukkan satu tahap kemurahan-Nya yang baru kepada saya dengan kurnia anak, dan barunya musim ini membuat saya meminta kebijaksanaan secara rendah hati daripada Allah. Dia adalah setia dalam membimbing pengasuhan saya dengan kebijaksanaan-Nya bila-bila jua saya mendekati-Nya dengan hati boleh didik dan hati yang berserah. 

Saya harap anda sedar sumber yang anda miliki dalam Kristus. Dia mahu terus mencurahkan kemurahan-Nya kepada anda dalam pengasuhan anda. Dia ingin—lebih daripada yang diingini anda—agar anak anda mengenali-Nya, mengasihi-Nya, melayani-Nya, dan dipimpin-Nya. Dia adalah bijaksana dan murah hati, dan Dia bersedia memberikan sungguh banyak kepada anda berdua. Adakah anda bersedia menerimanya? 

Pergilah kepada Allah kita yang murah hati dan meminta kebijaksanaan semasa anda merentasi cabaran keibubapaan. Dia bersedia untuk memberikan kebijaksanaan kepada anda. 

Jessica Penick

Pengurus Kandungan YouVersion

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Parenting

Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada F...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.bible.com/reading-plans

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami