Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PengasuhanSampel

7 Things The Bible Says About Parenting

HARI 4 DARIPADA 7

Pengasuhan adalah sukar, jelas sekali. Memanglah mudah untuk mengenang-ngenangkan masa pembesaran anak kita dengan penuh mesra—betapa kecil dan comelnya mereka dahulu, tetapi lebih susah untuk mengingati bahawa mereka adalah suatu rahmat pada suatu petang Selasa di mana mereka berteriak di satu sudut, atau apabila kita menukar lampin yang tidak habis-habis! 

Walau bagaimanapun, melalui tekanan ibu bapa, 1 Tesalonika 5:16-18 boleh membantu kita melihat dengan jelas dan dengan perspektif yang baru melewati waktu bagai nak gila ini. 

Sentiasa Bersukacita

Jangan berputus asa pada waktu sukar. Ingatlah bahawa menjadi ibu bapa adalah panggilan yang mulia dan terhormat, penghormatan yang diberikan Allah kepada kita, dan pada suatu hari nanti kita akan melihat buahnya, meskipun tidak rasa mungkin pada hari ini. Terimalah kenyataan bahawa Allah telah memberikan kita penghormatan ini.

Berdoalah Sentiasa

Tiada apa-apa yang diperlukan anak kita melainkan hadirat Kristus dalam hidup mereka. Oleh itu, perkara yang paling penting yang kita boleh lakukan sebagai ibu bapa adalah membungkusi anak kita dalam doa. 1 Tesalonika 5:17 memberitahu kita supaya berdoa secara berterusan sepanjang hari—walaupun semasa kita rasa segala sesuatu sedang berpusing di sekitar kita. 

Bersyukur

Bersyukur kerana anak kita adalah baik pada sesetengah hari dan sukar pada sesetengah hari yang lain. Walaupun pada hari yang sukar, ingatlah bahawa anda tidak bersendirian. Apabila anda rasa kehabisan ikhtiar, itu adalah masa yang terbaik untuk mendekati Allah dalam doa. Mintalah Dia untuk membaharui semula sukacita anda, dan bersyukurlah kerana anak anda. Dia boleh dan akan memberikan anda kekuatan, sukacita, dan kesyukuran yang diperlukan. Sekiranya kita belajar bergantung kepada Allah semasa waktu pengasuhan yang sukar, kita pasti akan bersyukur kerana anak kita!

Casey Case

Ketua Sokongan YouVersion

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Parenting

Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada F...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YouVersion kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.bible.com/reading-plans

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami