Modul yang fleksibel menjimatkan masa dan tenaga. Gabungkan unsur-unsur untuk membuat Acara yang baru tanpa sebarang asas. Ataupun mengguna semula Acara yang ada dan menyesuaikannya di mana perlu. Anda boleh menyalin Acara yang ada dan menyesuaikannya untuk perhimpunan yang berbeza sama sekali. Sepanjang proses itu, Previu membolehkan anda melihat kandungan Acara anda betul-betul seperti yang akan dilihat para hadirin anda.
Garis kasar, isi utama, soalan perbincangan… Kongsikan apa-apa kandungan teks yang akan membantu para hadirin anda untuk mengikuti mesej anda semasa ia berlangsung.
Tunjukkan petikan di mana mesej anda merujuk kepadanya, dihubungkan kepada mana-mana 2400+ versi dalam App Alkitab, dalam 1600+ bahasa — tidak perlu menyalin atau menempel.
Pautkan ke Pelan Alkitab dan Devosi yang berkaitan dengan arah pengajaran anda, yang membantu pendengar anda untuk terus berhubung dengan Firman Allah sepanjang minggu tersebut.
Mudahkan para hadirin anda agar hanya satu ketikan sahaja daripada pemberian dalam talian, pendaftaran menjadi sukarelawan, atau laman gereja. Masukkan pautan ke mana-mana laman eksternal dalam Acara anda.
Hidupkan Acara anda dengan lukisan, gambar, Imej Ayat, dan lebih lagi. Para hadirin boleh mengongsikan imej Acara dengan mudah melalui media sosial mereka, menularkan mesej anda.
Sebarkan semua maklumat penting anda, kena pada masanya, dengan mudah: berita gereja, kalendar acara, program, kelas, peluang bersukarela dan misi, dan lebih lagi.
Maklumkan orang tentang tempat dan masa Acara anda akan berlangsung — termasuk Acara yang berlaku pada beberapa masa dan lokasi.
Jimat masa dan tenaga. Buat Acara baru dengan cepat, dengan menyalin Acara yang ada dan menyesuaikannya dengan maklumat terkini.
Jimat wang untuk percetakan dan mengurangkan penggunaan kertas… meskipun anda menjangkau orang melalui platform yang telah dipasang dalam lebih daripada 200 juta peranti.
"Kami berasa amat teruja untuk mengimplementasikan YouVersion dalam pelayanan kami, terutamanya bahagian Acara, di mana kami memasukkan nota pengajaran dan komen setiap minggu. Jemaat kami menghargai ketersediaan nota pada hujung jari mereka, dan menyimpannya. Kami telah menyalurkan ribuan ringgit kepada keperluan pelayanan lain menerusi penggantian program tercetak!"
Pastor Bill White
Christ Journey Church
"Acara YouVersion adalah sumber yang berharga kepada keluarga gereja kami. Keupayaan jemaat kami untuk mengikuti nota khutbah dan Alkitab semasa khutbah mewujudkan perhubungan dan kesan yang berkuasa."
Pastor Herbert Cooper
People’s Church
"Kami menggunakan Acara untuk semua sesi kami, membenarkan para hadirin kami untuk memiliki nota dan rujukan Alkitab daripada penceramah di depan mata mereka. Acara telah menjimatkan percetakan ribuan halaman! Memulakan Acara adalah amat mudah, dan ia sentiasa diterbitkan pada masa tetap yang diperlukan."
Cindy Beall
Leading and Loving It
Director of Equip
A revolution in Bible engagement is taking place within our lifetimes. Installed on more than 220 million unique devices so far (and counting), the Bible App is helping people in every country on earth connect more with God’s Word. And now, through Events, we’re happy to offer the reach of that platform to you.
Buat Acara anda sedia untuk dikongsikan dalam App Alkitab dalam kurang daripada 10 minit. Anda hanya memerlukan sebuah Mac atau PC dan akaun YouVersion yang percuma.