ZEFANYA 2:3-4
ZEFANYA 2:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Kembalilah kepada TUHAN, hai semua orang yang rendah hati di negeri ini, iaitu orang yang mentaati perintah-Nya. Lakukanlah apa yang dikehendaki TUHAN, dan rendahkanlah dirimu di hadapan-Nya. Mungkin kamu akan terlepas daripada hukuman pada hari TUHAN menunjukkan kemurkaan-Nya. Tiada sesiapa lagi yang tinggal di kota Gaza. Kota Askelon akan ditinggalkan. Penduduk Asdod akan diusir dalam setengah hari, dan penduduk Ekron akan dihalau dari kota mereka.
ZEFANYA 2:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Carilah hadirat TUHAN, wahai semua orang yang rendah hati di negeri, yang melaksanakan hukum-Nya. Carilah perbenaran, carilah kerendahan hati! Siapa tahu kamu akan dilindungi pada hari kemurkaan TUHAN. Gaza akan ditinggalkan dan Askelon dimusnahkan. Orang Asdod akan terusir pada tengah hari dan Ekron akan tercabut sampai ke akar-akarnya.

